Tuesday 16 July 2013

Lukisan jalanan 3D tampilkan imej 'gayat' (3 gambar)

Pengunjung melalui jambatan ilusi dengan di bawahnya adalah sebuah 
bandar jauh ke bawah. 

KELIHATAN seolah-olah sebuah jambatan sebenar yang berada di ruang udara sebuah bandar, namun jangan mudah tertipu dengan sekilas pandangan anda kerana ia adalah lukisan jalanan dihasilkan seniman Perancis, Francois Abelanet. 

Lukisan jalanan berbentuk 3 Dimensi (3D) yang dihasilkan Francois merupakan salah satu acara anjuran Renault bagi memperkenalkan rangkaian lori terbaru mereka di Lyon.

Lapor media tempatan MailOnline, kerja-kerja menyiapkan lukisan 3D di atas kira-kira 4,000 meter persegi permukaan simen itu turut dimuatkan ke dalam Rekod Buku Guinness sebagai lukisan seni jalanan terbesar dunia.

Francois berani mengetengahkan imej-imej dunia nyata bercampur dengan imaginasi seperti bungkusan bersayap, jambatan tinggi di atas bandar dan banyak lagi.

Dua kanak-kanak dan bapanya berlakon akan terjatuh dari 
puncak bangunan yang tinggi. 


Dua pengunjung ini cuba merakamkan imej gayat menerusi lensa 
kamera mereka. 

No comments:

Post a Comment