Tuesday, 2 July 2013

Natasha Hudson Tukar Nama Anak Kerana Kurang Sesuai?



Umum mengetahui bahawa pelakon dan model Natasha Hudson selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April lalu.

Bayi tersebut merupakan anak hasil perkahwinan bersama Carleed Khaza dan mereka telah sepakat menamakan bayi comel itu, Naeema Taqiyyah yang membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa.

Namun, setelah merujuk nama berkenaan kepada ulama dan mufti, Taqiyyah turut membawa maksud lain yang kurang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, malah peminat yang mengikuti perkembangan Natasha dan anaknya di laman Instagram turut bertanyakan makna nama anak kedua Natasha itu.

Melalui laman berkenaan, Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 31, menjelaskan perkara itu telah dirujuk kepada pihak ulama dan dia telah menukar nama anaknya itu kepada Naeema Kalila.

"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.

"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," katanya.

Naeema Kalila adalah cahaya mata pertama Natasha bersama Carleed setelah mereka berkahwin pada April 2012 lalu. Ia merupakan perkahwinan ketiga buat Natasha.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon filem Langgar ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nessa Helena, 5.

No comments:

Post a Comment