Thursday, 4 July 2013

Nenek 62 Tahun Cabul Polis!

Seorang nenek tua yang miang telah ditahan atas kesalahan mencabul seorang anggota polis di Florida baru-baru ini.


Peggy Hill, 62 tahun, dikatakan telah mencabul Sarjan Randy Lamb dengan mencium hidung polis berkenaan secara tiba-tiba. Pada masa kejadian berlaku, Lamb sedang cuba menyelesaikan pergaduhan antara Hill dan jirannya yang berebutkan kawasan pagar rumah.

Lamb mengesat air liur nenek tua tersebut dari hidungnya lalu perlahan-lahan cuba menggari tangan wanita tersebut yang mula bertindak ganas. Semasa disoal-siasat, Hill mengaku dia mabuk ketika kejadian tersebut kerana telah minum tiga gelas arak sebelum bergaduh dengan jirannya (kononnya).

Peggy Hill kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap dengan ikat jamin berjumlah $5,000. Padan muka.

No comments:

Post a Comment