Wednesday, 3 July 2013

Penjara Paling Mengerikan di Dunia



Apa yang kita tonton dalam filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah adanya. Yang brutal dan mengerikan, sampai anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara berikut ini. Sungguh luar biasa, manusia seperti tidak ada harganya.

Nyawa manusia boleh hanya bernilai seperti rokok, atau barang-barang tak berguna.Berikut ini penjara-penjara paling 'mengerikan' di dunia. Disebut 'mengerikan' bukan hanya kerana keganasan, tetapi boleh juga kerana keadaan penjara yg memang sudah tak layak.

Salah satu yg paling mengerikan adalah Carandiru Prison di Brazil. Di sanalah sempat terjadi pembunuhan beramai-ramai oleh polis Brazil yg menghapuskan ratusan banduan. Atau anda tentu pernah dengar tentang Alcatraz Island. terkenalnya penjara itu sampai pernah dibuat filem.

Di antara 10 penjara 'mengerikan' ini terselit satu penjara dari Asia Tenggara, yakni, Bang Kwang Prison Atau dikenal 'Bangkok Hilton'. Inilah penjara paling 'mengerikan' di Asia Tenggara. Bukan hanya penuh sesak dan tak layak, tapi jg krn kekejaman di sana. 

1. Carandiru Prison: (Brazil) 


Penjara ini sempat menggemparkan Brazil juga dunia ketika pasca rusuhan besar di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan polis tempatan. Beratus-ratus mangsa berjatuhan, 103 (ada yg menyebut 111 banduan) di antaranya yang terbunuh.

Tragedi Carandiru bermula dari meletusnya perang 'antara gaeng' di penjara tersebut, yang melebar hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian mendatangkan bantuan. Sebenarnya saat itu banyak napi telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka. mereka meminta perlindungan polis.

Namun dijawab polis dengan menembak mereka.Perlakuan brutal dari pihak kepolisian mencetuskan protes di mana-mana, tak terkecuali Amnesty Antarabangsa yang mengarahkan penjara tersebut ditutup tahun 2002.

Amnesty Antarabangsa melaporkan telah terjadi pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana yang tak boleh diterima lagi. Bukan itu saja kemudahan penjara juga sedemikian buruk sehingga menyebarkan penyakit mematikan.

Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo adalah Ubiratan Guimaraes, dia dianggap orang yang paling bertanggungjawab meletusnya tragedy ini. Kes yang menimbulkan kemarahan dunia ini membawa Guimaraes ke kerusi pesakitan.

Ia sempat diadili dengan tuduhan pembunuhan terhadap 102 orang. Namun Mahkamah kemudian membebaskan Guimaraes kerana yg bersangkutan mengatakan polis melakukan itu kerana ditembak.Kerajaan Brazil menganggap bahawa tragedy itu terjadi bukan tanggung jawab pihak polis.


2. Bang Kwang Prison (Thailand)


Dikenali sebagai "Bangkok Hilton". Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga warden. Para banduannya dirantai.

Khabarnya banyak banduan jadi gila akibat stress melewati bulan bulan pertama di tahanan itu.Pengarah penjara Khun Nattee mengakui, kalau penjaranya adalah paling keras diseluruh Thailand.

Di sini kemudahan sangat minimum, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan yg sangat standard. Napi yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (kalau dapat).


3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado) 


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap para banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximum security untuk mencegah terjadinya serangan para banduan terhadap warden ataupun kakitangan penjara.

Kerana para banduan diasingkan daripada kakitangan penjara. Para banduan mengalami penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan diselnya. mereka tak boleh kemana mana.

Menjadi narapida di ADX adalah suatu mimpi buruk tak tak dapat dilupakan bagi mereka. Di Sasna mereka menerima keadaan paling jijik dari yg terjijik. Kerana mereka yg masuk ke sini adalah para penjahat kelas tahap 1 termasuk yg telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah 'neraka' penjara yg boleh mengakibatkan derita seumur hidup.

Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yg bilang bunuh diri.


4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA) 


Penjara ini, yang dikenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island". Dibina 1920-an. Segala ketidak nyamanan ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amatikecil kemungkinan banduan boleh lolos dari sini.

Alcatraz benar benar mencipta dunia sendiri. Parabanduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.Pejabat penjara yg sombong, warden yg kasar, dasar yg tdk berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana.

Tak usah heran kalau byk yg terkena gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yg luar biasa.Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak bercakap cakap dgn banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu.

Banduan dilarang mengeluarkan emosinya. Mereka dipaksa diam! Hak hak sbg manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara 'neraka'. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus 'hidup' dan menjadi legenda. 


5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)


Tahun 1930'a an, pengurusan penjara ini sarat dengan rasuah, sampai akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yg melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini, memutuskan melakukan perbaikan di tahun 1940 an.

Tapi sebelum kemasukan pengarah baru, penjara ini dikenal sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan. Kepala mereka dibotakan.dan dipaksa memakai seragam yg diberi nombor .

Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antar bangsa kerap terjadi.Rasio antara penjaga penjara dan banduan tidak setanding, itu sebabnya banyak hal terjadi diluar kawalan.


6. Diyarbakr Prison: (Turki)


Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di turki di mana segala keganasan dan kesadisan begitu lumrah terjadi. Dari 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan tewas kerana penyiksaan berlebihan, baik jiwa mahupun fizikalnya.

Belum lagi kes penyelewengan seksual yg berleluasa.Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadp pengurusan penjara. Mereka melakukan mogok makan, bahkan membakar diri sendiri sebagai bentuk protes. Namunn tdk berhasil. Kemudahan penjara ini 'sangat mengerikan' jauh dari standard.

Di sini pernah terjadi peristiwa menggerkan di mana anak-anak dijebloskan di sini dan mendapat hukuman penjara seumur hidup. Kejahatan terhadap kemanusian sepertinya menjadi peristiwa biasa saja. Tak heran penjara ini masuk dalam saslah sastu penjara yg paling menyeramkan di dunia.


7. La Sabaneta Prison: (Venezuela)


Venezuela juga mempunyai penjara tak kalah ganasnya, yakni La Sabanetaa, di mana kekerasan menjadi 'santapan' hari-hari. Kemudahan yg sangat minimum, membuat wabak penyakit begitu mudah merebak.

Maklum, perkhidmatan doktor sangatlah minim, bahkan nyaris tak ada. Makanan kurang dengan menu yg jauh dari sederhana.Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta adalah yang jijik dari yang terjijik.

Tak hairan kalau wabak kolera sempat datang kemari dan memakan korban 700 banduan. Di sini pun pernah terjadi pembataian masaalah yg mengambil korban 100 an banduan tahun 1994. Kematian berleluasa di La Sabaneta.

Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara yg malas mengurusi banduan, sehingga para banduan boleh berleluasa berbuat semaunya. mereka berkelahi bahkan membunuh sesama napi. Para penjaga 'menutup mata' atas kejadian2 ini.


8. La Sante Prison: (Paris, Perancis)


Seperti penjara 'maut' lain-lain, di sini pun nyawa manusia tak berharga. perlakuan brutal berleluasa.Kesewenangan pengelola penjara membuat kehidupan banduan benar benar tidak berharga.

Banyak banduan akhirnya menjadi gila. Sel-sel penjara yg penuh dengan kutu dan tikus, semakin membuat banduan stress.Sungguh ironis dengan erti kata 'La Sante' yg bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris.

Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tdk sihat. Perhambaan antara warden ke banduan, banduan ke sesama banduan, sudah menjadi biasa. Kes perkosaan antara sesama banduan SE tinggi dan terjadi setiap hari.

Tak hairan kalAU banyak banduan tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dikhabarkan terjadi 122 kes bunuh diri . Disusul 73 banduan pada pertengahan 2003.Kecenderungan bunuh diri ini kemungkinan kerana keadaan hidup yang mengerikan di sana.Penjara yg terlalu padat, kemudahan minimum, serta aneka kekerasan yg terjadi di sana, diduga sebagai pencetus tindakan bunuh diri.


9. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York) 


Penyiksaan brutal membuat penjara ini begitu dikenali di amerika. Pada 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyiksaan yang berlebihan dari penjaga penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan bunuh diri di selnya kerana tak tahan dengan suasana penjara yang menekan, pada 2003.



10. Tadmor Prison: (Syria) 


Kematian di penjara ini seperti tak terhitung banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tak kenal ampun. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan kegilaan mengerikanTadmor mempunyai penjaga haus darah, banduan penjagal, dan tawanan politik.

Pada 1980, sesudah percubaan pembunuhan pada Presiden (di Damsyik), banduan terpaksa membayar mahal. Para perajurit penyerang penjara, mereka menggunakan halicopter dan mendarat di Tadmor. Para askar ini membatai 500 orang tawanan di sel mereka. Para napi ini mati mengenaskan, tidak dapat menyelamatkan diri karena para sipir merantai kaki mereka di sel.



11. Guantanamo Prison: (Cuba) 


Penjara Guantanamo adalah kompleks penjara tentera di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan menduduki sebahagian dari pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo yang luasnya 117 km per segi.Kem tahanan paling mengerikan itu dikendalikan pihak Amerika sejak Januari 2002.

Lokasinya berada tepat di kepulauan yang menyatu dengan Cuba. Area camp tahanan Guantanamo terdiri dari 3 camp iaitu Camp Delta, Camp Iguana, dan Camp X-Ray (yang sudah lebih dahulu ditutup) yang merupakan pemasangan tentera AS.Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam "Camp X-Ray" dianggarkan 660 orang.

Mereka berasal dari 44 negara, semua berkaitan dengan tuduhan sebagai sebahagian daripada "keganasan" antarabangsa. Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan.

Dan para pengganas yang disyaki Amerika melakukan penyerangan terhadap bangunan WTC pada tarikh 11 September 2001 silam.Banyak banduan yang di hadapkan tanpa proses mahkamah, belum terbukti keterlibatannya dengan tindakan keganasan harus mendekam di dalam sel-sel gelap Guantanamo untuk mengalami penyiksaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Jika Amerika sudah menunjuk bahawa dia adalah pengganas maka dialah pengganas dan hampir seluruh dunia merestuinyaLaporan TIME pernah menyebutkan, tahanan di Guantánamo diperlakukan semena-mena. Setiap tahanan baru langsung mendapat jatah seluar pendek, seluar panjang, dan 2 kaos, semua berwarna oren menyolok, alas kaki untuk mandi, tuala, ubat gigi, syampu, sejadah, topi haji warna putih, sebuah Al-Quran, dan alas tidur tanpa bantal . 

Tahanan hanya diberi jatah mandi selama 2 kali dalam seminggu. Itupun, hanya 20-30 minit. Begitu tidak manusiawinya perlakuan di penjara ini, sudah berlaku lebih dari 28 kali usaha bunuh diri, tidak satupun berjaya, tetapi satu orang diantaranya kini masih koma dengan jaringan otak yang rosak.

Guantanamo memang telah di tutup, namun kisah kekejaman sadis yang pernah terjadi disana tidak akan mudah terhapus.sumber


No comments:

Post a Comment