Tuesday 16 July 2013

Rawatan Pelik Guna Lendir Siput Bantu Naik Seri Wajah (VIDEO)


Tokyo: Ia sudah lama dianggap sebagai parasit di taman, tetapi nampaknya siput kini menjadi kawan berbanding musuh apabila menyentuh soal antipenuaan.
Penemuan terbaru rawatan muka yang membabitkan siput hidup untuk bergerak pada kulit muka menjadi kaedah baru paling mujarab dalam bidang kecantikan.
Semuanya kerana lendir siput yang dikatakan dapat membantu menaikkan seri wajah.


 
Lendir yang mengandungi paduan protein, antioksida dan asid hyularonic yang berkuasa itu dikatakan dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan radang kulit dan menyingkirkan sel kulit mati.


Dalam rawatan 60 minit ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, wajah dibersihkan sebelum siput diletakkan pada pipi dan dahi sebelum dibiarkan merayap.


Rawatan muka dinamakan Celebrity Escargot Course itu berharga £161 (RM773), termasuk beberapa siri urutan muka, masker dan penggunaan mesin denyutan elektrik. 


jom saksikan video menarik ini





No comments:

Post a Comment