Friday, 12 July 2013

Seni Gergasi Yang Dihasilkan Di Atas Sawah Padi (12 Gambar)

Tahukah anda apa itu seni Tanbo? Seni Tanbo merupakan satu hasil seni dari Jepun di mana pelbagai variasi padi dari segi jenis dan warna ditanam untuk membentuk satu imej gergasi di atas sawah padi. Kiranya macam crop circle, cuma yang ini di atas sawah padi, dan ianya dihasilkan sendiri oleh manusia instead of aliens, haha.

Seni ini bermula sejak tahun 1993 apabila penduduk di sebuah kampung bernama Inakadate, kira-kira 600 batu dari Tokyo, mencari idea untuk menghasilkan projek yang akan membangunkan ekonomi setempat. Untuk mengembangkan ekonomi, mereka harus menghasilkan sesuatu untuk menjadi tarikan pelancong, dan dari situlah bermulanya seni Tanbo ini.

Pada bulan April setiap tahun, penduduk-penduduk kampung akan bermesyuarat membincangkan apakah yang harus ditanam untuk tahun tersebut. Sebelum memulakan sesi menanam, para petani akan membuat sketch di atas komputer untuk membantu mereka mengenal pasti cara dan di mana setiap padi harus ditanam. Selain itu, kampung-kampung yang lain juga turut menghasilkan seni Tanbo mereka sendiri. Untuk memudahkan pelancong menikmati hasil seni yang gempak ini, menara tutut didirikan sebagai kemudahan. Kat Malaysia tak nak buat ke? Hehe.

tanbo art japanese paddy field

seni atas sawah padi di jepun



napoleon art on paddy field


naruto mural on paddy field





No comments:

Post a Comment