Akibat Bunuh 3 Ekor Ular, Wajah Adi Berubah Jadi Mirip Kobra - BOGOR, Jawa Barat : Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.
Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.
Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.
Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.
Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.
Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.
Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.
”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.
Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.
Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.
Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. – AGENSI
No comments:
Post a Comment