Satu kajian terbaru yang dilakukan penyelidik dari Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa ribuan tahun dahulu di zaman Firaun suhu iklim dunia mencapai titik terpanas berbanding suhu Bumi ketika ini.
Kajian terbaru ini disokong oleh National Science Foundation. Kaedah analisis ini meliputi serbuk sari purba, teras ais, kerang dari organisma laut dan sebagainya.
Salah satu hasil dari kajian yang terungkai menyatakan bahawa suhu mulai dari tahun 2000 – 2009 belum melebihi suhu terpanas dari awal zaman Holosen (5000 hingga 10 ribu tahun lalu). Wikipedia menerangkan, Holosen merupakan skala waktu yang berlangsung antara 9560 hingga 9300 sebelum masehi.
“Dalam 100 tahun terakhir, peningkatan karbondioksida disebabkan oleh kegiatan manusia,” kata penyelidik Shaun Marcott dari Oregon State University. Diyakini 5000 tahun lalu, Bumi lebih panas berbanding sekarang ini.
Saintis percaya bahawa terdapat “tempoh panas abad pertengahan” yang terjadi sekira seribu tahun lalu. Ilmuwan dari Johannes Gutenberg-Universitat di Mainz, Jerman juga pernah meneliti tentang suhu Bumi ribuan tahun lalu.
Beberapa saintis bersetuju dengan kajian Marcott. Mereka mengatakan, di zaman pertengahan (Medieval) dan Romawi suhu Bumi semakin panas. Dalam kajian lain, diyakini bahawa pemanasan global dijangka hanya berlangsung dalam abad ini, yang menandakan peningkatan permukaan laut pada skala meter atau lebih hingga tahun 2100.
Penutup:
Zaman Firaun suhu dunia panas, kedatangan Islam telah menyejukkan dunia, tapi kini semakin hari Islam ditinggalkan. Makanya dunia kembali panas berpunca dari tangan manusia yang rakus itu sendiri. Fikir-fikirkanlah!
Sumber
No comments:
Post a Comment