Saturday, 16 March 2013

Kereta Yang Menggunakan Enjin Kereta Kebal


Blastolene Special ialah sebuah kereta ubahsuai yang dibina oleh Randy Grubb pada tahun 2001. Ia menggunakan sebuah enjin kereta kebal M47 Patton yang menghasilkan 810 kuasa kuda.



Kereta seberat 4300 kg ini menggunakan transmisi bas dan kelihatan sangat unik. Ianya kemudian dibeli oleh hos rancangan TV Amerika Jay Leno yang kemudiannya melakukan beberapa modifikasi seperti menaikkan kemampuan enjin kepada 1600 kuasa kuda.



Untuk memiliki kereta ini tidaklah murah kerana penggunaan minyaknya yang melampau iaitu sekitar 2 liter petrol untuk setiap kilometer perjalanan!

No comments:

Post a Comment