Saturday 2 March 2013

Minum Emas Untuk Awet Muda

Produk kecantikan sangat popular di kalangan wanita modern hari ini, namun hal ini bukanlah benda yang baru, ia sudah wujud sejak zaman dahulu kala lagi.


Isteri Raja Perancis abad 16 King Henry II meminum emas dalam rangka mempertahankan kecantikan dan keremajaannya, yang secara tidak sengaja telah membunuhnya.

Ketika ahli antropologi Perancis menggali sisa jasad Diane de Poitiers tahun lalu, mereka menemui sejumlah besar kandungan emas di dalam rambutnya.

Para pengkaji itu membuat kesimpulan tentang berkemungkinan permaisuri itu mengambil dan meminum cairan emas, yang pada ketika itu dipercayai mampu membuat awet muda dan mencegah penyakit.

Bangsawan Perancis percaya emas disarikan dari kekuatan matahari, yang mampu 'dipindahkan' kepada orang yang meminumnya. Ahli kimia seringkali ketika itu mencipta resepi yang dibuat dari cairan klorida emas dan eter-dietil. Hal ini sangat popular di kalangan bangsawan Perancis ketika itu.

Sepertinya Diane de Poitiers terbunuh kerana hasratnya untuk kelihatan lebih muda.

Ahli forensik Perancis yang menganalis struktur tulangnya menemui jejak wujudnya merkuri, yang biasa digunakan dalam pembuatan unsur emas. Keindahan yang terlihat kerana tubuh yang atletik namun diiringi dengan penderitaan rambut yang menipis dan tulang yang rapuh. Hal ini adalah gejala umum penyebaran racun unsur emas yang kronik di dalam tubuh manusia.

Tubuh bangsawan wanita Perancis tersebut ditemukan pada tahun 2008. Setelah kematian Raja, Diane de Poitiers dibuang oleh kalangan bangsawan janda Raja yang bernama Catherine de Medici ke istana Anet yang diberikan kepada Diane oleh Raja.

Diane meninggal di sana, ketika berusia 66 tahun pada tahun 1556, dan dikebumikan di makam khas. Meskipun demikian, kuburnya rosak ketika Revolusi Perancis

No comments:

Post a Comment