Afghanistan - Seorang tentera Rusia yang hilang selama 33 tahun akhirnya ditemui di kawasan pedalaman Afghanistan dengan identiti baru.
Bakhretdin Khakimov kini dikenali sebagai Sheikh Abdullah dan merupakan pengamal perubatan di Heart.
Dia telah mengahwini seorang wanita tempatan, namun isterinya itu sudah meninggal dunia.
Sheikh Abdullah bagaimanapun tidak mempunyai anak.
Dia yang cedera dalam pertempuran pada 1980, telah diumumkan oleh ketua palang merah Rusia sebagai meninggal dunia.
Namun Sheikh Abdullah sebaliknya diselamatkan dan dirawat oleh penduduk tempatan.
Sheikh Abdullah, 53, yang merupakan etnik Uzbek ditemui hasil gerakan mencari yang dijalankan oleh pertubuhan veteran perang.
Menurut jurucakap pertubuhan itu, ingatan Sheikh Abdullah masih baik dan dia dapat mengingati nama ibu bapa serta adik beradiknya.
Sheikh Abdullah dijangka bertemu anggota keluarganya dalam masa beberapa minggu.
Dalam pada itu, adiknya, Sharof tidak sabar untuk bertemu abangnya itu namun terkilan kerana ibu bapanya telah meninggal dunia dan tidak sempat menatap wajah abangnya.
Seramai 15,000 tentera Soviet dan hampir sejuta penduduk awam Afghanistan meninggal dunia dalam peperangan antara 1979 hingga 1989.
Soviet menduduki Afghanistan bagi menentang Mujahideen pada Disember 1979.
Sedekad selepas peperangan itu, hanya 29 tentera Soviet ditemui semula dengan 22 daripada mereka kembali semula ke Rusia manakala tujuh yang lain kekal di Afghanistan.
Manakala kubur 15 yang lain turut ditemui dalam misi pencarian pertubuhan veteran perang tersebut.
No comments:
Post a Comment