Kepercayaan primitif India yang mengagungkan anak lelaki dan menafikan kelahiran wanita berakhir pada timpangnya jumlah kedua-dua gender. Hal ini, mencipta amalan yang bertentangan dengan moral, iaitu berkongsi isteri dengan saudara suami..
Ini terjadi di wilayah utara India, tepatnya di daerah Baghpat, hanya kira-kira dua jam dari bandar New Delhi. Adalah Munni, wanita pertengahan 40an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri dari suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.
"Suamiku dan orang tuanya mengatakan, saya perlu membahagikan diri saya dengan adik-adiknya," kata Munni, dikutip dari Daily Mail, Sabtu 29 Oktober 2011.
Dua adik suaminya belum berkahwin yang tidak mempunyai isteri. Antara lain disebabkan tidak cukup jumlah wanita di desa tersebut. Munni saat ini mempunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.
"Mereka meniduri saya bila-bila masa mereka mahu, siang atau malam. Jika saya menolak, mereka memukul saya dengan apa saja. Kadang mereka menghalau saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar," kisah Munni yang akhirnya berjaya lari.
Munni hanyalah satu daripada berpuluh wanita di Baghpat yang mengalami hal yang sama. Kes-kes penyeksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah sendirian, sehingga sukar untuk melihat dunia luar.
Warga desa mengatakan amalan berkongsi isteri ini mempunyai banyak keuntungan. Salah satunya adalah mengelakkan perpecahan akibat berebut harta pusaka di antara para pewaris keluarga. Selain itu, amalan ini juga membebaskan wanita miskin dengan menikahinya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.
Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children 's Charity Plan India, memberitahu amalan ini terjadi akibat penurunan jumlah wanita berbanding lelaki. Kebanyakan warga di India membuang bayi wanita kerana dianggap tidak berguna di masa depan.
"Kita perlu melakukan sesuai jika tidak situasi akan memburuk. Wanita di India akan semakin berisiko diculik, diperkosa atau jauh lebih buruk lagi," kata Dengle.
Menurut statistik India tahun 2011, pada masa ini hanya terdapat 858 wanita untuk 1,000 orang lelaki di Baghpat. Jumlah wanita terus menurun. Hal ini juga berlaku di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.
"Di setiap desa, terdapat lima atau enam bujang yang tidak dapat mencari isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin," kata Dengle lagi.
Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15.000 rupee atau sekitar RM1000. Namun, ini pun hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan harus berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua.
No comments:
Post a Comment