Salam semua.
Korang pun sudah tahu BABI memang binatang paling bahaya. Bahaya itu bukan bermaksud ganas, tapi virus dalam kandungan isipadau babi itulah yang bahaya dan terkuat di antara virus.
Aku paling risau makanan zaman sekarang. Ada beberapa individu tak tahu apa itu istilah “HALAL” dalam dunia Islam. Paling kelakar ini kes abang aku pergi ke negara seberang makan angin. Tengah-tengah dia makan, tetiba boleh pula ternampak kepala babi yasng sudah di stim tergantung. Apalagi, abang aku tanya lah tokey, then tokey itu cakap macam ini’
Babi ini sudah disembelih pak, makanya halal untuk dimakan.
Perh! terus tekeluar isi perut dia. Nasib baik abang aku itu order mi goreng dan tak nak daging. Kalau tak??? adusss!
Itulah kan, sesetengah orang tak faham istilah HALAL. Diorang ini tak fikir , janji untung. Contohnya mangkuk atau periuk yang telah digoreng babi, then guna pula goreng ikan. So maknanya apa? fuhhh. Geli wei!
Oklah, sekian sahaja kawan-kawan. Kesimpulannya, berhati-hatilah ketika menikmati juadah dan juga pilihlah barangan orang “kita” untuk elakkan was.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment