Thursday 18 July 2013

Astro Akan Siarkan 119 Program Sepanjang Syawal


Bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, stesen televisyen Astro bakal menampilkan sebanyak 119 buah program termasuk 37 program baru di sepuluh saluran Melayu terpilih untuk tontonan semua sempena musim perayaan ini.
 
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, program terbaik dipilih mengikut selera penonton yang terdiri pelbagai latar belakang.
 
"Pelanggan Astro terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 119 program yang dihidangkan kepada penonton menepati selera semua golongan bersempena Syawal nanti," katanya ketika ditemui pada sidang media di Hotel Hilton Kuala Lumpur, semalam.
 
Bertemakan 'Eratkan Jalinan – Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan', program yang bakal ditayangkan adalah daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, majalah, hiburan, drama dan sebagainya.
 
"Bukan sahaja program dari pelbagai genre tetapi ia juga dalam bentuk definasi tinggi selain banyak lagi program yang akan disusun untuk siaran secara berselang-seli tanpa henti untuk tontonan seisi keluarga." 

Erra Fazira 

Dalam pada itu, Khairul berkata, Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif dimana filem yang dihasilkan khas setanding dengan karya-karya yang ditayangkan di pawagam.
"Kami percaya Astro First Eksklusif akan mendapat sambutan baik terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan karya lain daripada yang lain," ujarnya lagi. 
Sepuluh saluran yang akan menyiarkan program-program terbaik sepanjang Syawal itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142) serta dua saluran definasi tinggi iaitu Mustika HD (134) dan Maya HD (135). 

Fida Ibrahim

Antara program menarik yang bakal menemui penonton adalah "Tanah Kubur Istimewa", "Rabak Raya", "Lawak Ke Der 2", "Meletop Raya, "Primadona Khas Raya" dan banyak lagi.

Turut diadakan pada hari yang sama adalah majlis berbuka puasa bersama media dan artis-artis seperti Norish Karman, Erra Fazira, Ebby Yus, Nasha Aziz dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment