Monday, 1 July 2013

Orang Mesir Purba Cipta Kondom Pertama Di Dunia.


Dari catatan sejarah, kondom telah digunakan sejak beberapa ratus tahun lalu. Sekitar tahun 1000 sebelum Masihi orang Mesir kuno menggunakan linen sebagai sarung kemaluan untuk mencegah diri mereka dari penyakit.

Tahun 1500 untuk pertama kali diperkenalkan diskripsi dan percubaan alat mencegah penyakit berupa kondom di Itali. Ketika itu Gabrielle Fallopius mengatakan menemui sarung terbuat dari bahan linen dan sarung tersebut telah diuji cuba pada 1100 orang lelaki dan kini dikenali sebagai kondom. Dari percubaan itu tidak satu pun dari mereka yang mendapat jangkitan penyakit sifilis.

Penemuan itu membuktikan bahawa kain linen itu bermanfaat mencegah jangkitan. Tetapi, pada satu masa selepas penemuan itu, kondom dikenali sebagai alat mencegah kehamilan. Ini terjadi selepas beberapa dari percubaan terhadap kain linen yang dibasahi dengan cairan kimia pada tahun 1500. Ketika linen direndam dalam cairan kimia kemudian dikeringkan dan dipakai oleh lelaki,hasilnya kain itu boleh mematikan sperma.

Tahun 1700-an pula kondom diperbuat dari usus binatang. Perubahan bahan itu membuatkan harga kondom menjadi lebih mahal dibanding dengan kondom dari bahan linen. Ketika itu kondom dikenali sebagai ‘baju kemaluan dan jaring labah-labah mencegah jangkitan.’ Kondom jenis itu boleh dipakai secara berulang.

Dan akhirnya pada tahun 1861 untuk pertama kali kondom dikenalkan di Amerika Syarikat dan disiarkan di The New York Times. Tahun 1880 kondom dibuat dari lateks tetapi penjualannya secara meluas bermula sekitar tahun 1930-an.

Menurut fakta pada tahun 1935 sebanyak 1.5 juta kondom dihasilkan setiap hari di Amerika Syarikat. Kemudian tahun 1980-an dan 1990-an pasaran kondom di Amerika Syarikat didominasi kilang kondom tempatan. Hanya pada tahun 1987 barulah kondom buatan Jepun dengan kotak seperti Kimono memasuki pasar Amerika. Kondom tersebut lembut tipis dan iklannya menekankan bahawa kesenangan sama pentingnya dengan pencegahan.

Memasuki era tahun 1990-an muncul bermacam-macam jenis kondom dan juga untuk pertama kali terhasilnya kondom polyurethane untuk penduduk dunia. Fakta juga mengatakan pada tahun 1993 penghasilan tahunan kondom lateks mencapai 8.5 juta!



No comments:

Post a Comment