Monday 15 July 2013

Pasangan Alvin & Vivian Memohon Maaf



Pasangan Alvin & Vivian Memohon Maaf Melalui Video Selepas Mendapat Bantahan Orang Ramai

Selepas kecoh isu pasangan lucah Alvin & Vivian memuat naik poster yang menghina bulan yang mulia bagi orang Islam. Mereka akhirnya telah ditangkap dan disoal siasat oleh SKMM untuk tindakan lanjut. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan penjara selama setahun ataupun denda sebanyak RM5 ribu.

Namun pada pendapat semua, adakah berbaloi permohonan maaf secara terbuka ini? Jika dilihat kronologi penghinaan kaum ini, kenapa kaum lain kerab menghina kaum Melayu atau lebih kepada umat Islam? Apa yang membuatkan mereka memberontak sehingga gemar menghina kaum majoriti di Malaysia?

Pada pendapat kami, setakat menghina dan membuat permohonan maaf secara terbuka, ia tidak berbaloi kerana telah mengguris hati jutaan rakyat yang beragama Islam. Mereka sepatutnya dipenjara daripada membayar denda. Video permohonan maaf ala membaca karangan oleh Alvin & Vivian selepas ini. 

No comments:

Post a Comment