Monday, 22 July 2013

Siti Nurhaliza Larang Suami Bawa Motor

Nampaknya kemalangan melibatkan suaminya yang berlaku lebih tujuh bulan lalu masih berbekas di hati Datuk Siti Nurhaliza sehingga ketika ini beliau tidak membenarkan suaminya kembali menunggang motosikal.
 
Siti Nurhaliza berkata ketika di’temui media baru baru ini sebagai isteri beliau menyayangi suaminya dan tidak mahu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa atau Datuk K mengalami perkara sama sekali lagi.
 
“Berikutan kejadian itu, beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki suami diberikan kepada saudara-mara terdekat yang membuktikan dia masih fobia menggunakan kenderaan tersebut”
 
“Walau bagaimanapun, program bersama persatuan motosikal berkuasa tinggi tetap saya akan sertai terutama membabitkan perhimpunan besar atau aktiviti kebajikan,” tambahnya lagi.
 
Dalam perkembangan terbaru beliau, Siti Nurhaliza bakal keluar dengan album baru di bawah label Universal Music Malaysia yang khabarnya mencecah kos RM200,000. Pasti dahsyat hasilnya.

No comments:

Post a Comment