Kes cerai di antara dua selebriti popular, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.
Kes penceraian mereka nyata menarik minat kebanyakan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Rita dan Aidil malah ada segelintir pihak yang pening dengan kisah penceraian mereka yang seakan-akan tidak bertemu jalan penyelesaiannya.
Mengulas mengenai perkara itu, Rita menjelaskan, “saya tahu mereka yang mengikuti perkembangan kes saya ini pun pening, saya pun sama juga. Tapi saya ikut je rentak dia (Aidil), apa dia buat saya ikut. Saya akan pertahan dan lawan apa yang saya rasa betul bagi pihak saya.
“Saya tak kisah kalau kes ini akan berlarutan 10 tahun lagi pun saya tetap akan perjuangkannya sebab saya nak buktikan pada masyarakat di luar sana yang saya ni berada di pihak yang benar dan tidak bersalah dalam hal ini,” katanya memetik laporan portal gosip Buahmulut.
Dalam masa yang sama, pelakon cantik ini mahu menumpukan perhatian terhadap kedua-dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2 tahun dan enggan lagi menoleh ke belakang.
Semoga Rita tabah dalam mengharungi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal dan diharapkan kesnya akan segera selesai agar kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini. – MyNewsHub
No comments:
Post a Comment