Thursday 27 June 2013

BONGKAR!!! Anak Angkat Obama Rakyat Malaysia Buat Laporan Polis







Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki keturunan Kadazan Dusun, umur 34 tahun, di balai polis puchong memohon jasa baik daripada pihak balai untuk pengesahan dari white house melalui Embassy Kuala Lumpur berkenaan dirinya yang merupakan satu-satunya anak angkat kepada presiden Barack Obama. 

Beliau juga percaya presiden tersebut akan faham dan bertindak segera untuk memberi bantuan terhadap dirinya. Pengadu membuat laporan polis bagi mempercepatkan kerja-kerja siasatan dalam mencari dan menegakkan kebenaran di dalam keadan beliau yang kini dalam kesusahan.

Masalahnya bukan sekali dia buat report. Tetapi beberapa kali di beberapa balai polis yang berlainan. Namun, apa yang dibuat oleh pengadu ianya bertujuan bagi mendapat pengesahan daripada pihak kedutaan dan kerajaan malaysia terhadap dirinya yang didakwa sebagai anak angkat kepada barack obama - presiden amerika. 

Difahamkan juga, pengadu telah beberapa kali ditahan oleh pihak polis kerana tidak membuat bayaran makanan yang di makan di beberapa buah restoran terkemuka di sekitar kawasan puchong, dang wangi dan putrajaya dengan memberi alasan bahawa beliau adalah merupakan anak angkat kepada presiden amerika dan tidak seharusnya dikenakan sebarang bayaran. 

Di dalam beberapa laporan polis yang dibuat oleh pengadu di balai polis dang wangi, beliau mendakwa rasa tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa anggota dan pegawai polis yang menghina dan mengherdik pengadu sebagai seorang pesakit mental. Hehehe....boleh gitu???

Hehehehe...kecoh la lu bro! Ada yang sakit mental nak jadi perdana menteri, ada pulak nak jadi sultan sebuah negeri, ada juga sakit mental nak jadi imam mahdi, ini pulak nak jadi anak presiden obama. Hehehe...semua otak dah tak betul ni... Dunia...dunia...!!!

No comments:

Post a Comment