Thursday 27 June 2013

G-Dragon & Missy Elliot berkolaborasi


Ratu rap Amerika, Missy Elliot mengesahkan bahawa dia telah pun merakamkan sebuah kolaborasi dengan ketua kumpulan Big Bang dan penyanyi rap Korea terkenal, G-Dragon.

Menurut laman sesawang Koreaboo, ketua YG Entertainment, Yang Hyun-suk mengumumkan pelancaran album studio kedua G-Dragon Ogos ini, dan Missy Elliot merupakan seorang daripada artis yang ditonjolkan dalam album tersebut.

Menurut Yang, "Pada tahun 2009, G-Dragon melahirkan album solo pertamanya pada harijadinya yang ke-21. Tahun ini, dia bakal melancarkan sebuah album solo lagi pada tarikh yang sama."

Album studio kedua ini bakal mengandungi 10 buah lagu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh penyanyi rap tersebut.


Menurut sumber, pihak YG Entertainment telah menghantar pelbagai maklumat dan hasil kerja GD kepada pemilik lagu hit "Get Your Freak On" tersebut, yang telah menghentikan kerjaya muziknya buat seketika, agar dia bersetuju bekerjasama dengan anggota Big Bang berkenaan.

Lagu kolaborasi G-Dragon dan Missy Elliot dicipta oleh komposer dan penerbit muzik YG, Teddy yang juga menggunakan sampel dari lagu rakyat tradisional Korea, “Nililiya”.

Maklumat lanjut bakal diumumkan kemudian.

No comments:

Post a Comment