Thursday 27 June 2013

Konsert empat kumpulan rock ditangguh


Konsert yang menggabungkan empulan kumpulan rock terkenal di Asia "Konsert Thunder In The East 2013" terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan di ibu negara yang masih belum pulih.

Menurut pihak penganjur Shamil Yusof yang merupakan Pengarah Clockwork Events Sdn Bhd, berkata, konsert yang akan menampilkan kumpulan rock Loudness (Jepun), Search (Malaysia), Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia) terpaksa ditangguh demi menjamin kesihatan penonton.

"Kita tidak mahu ambil risiko dan bimbang sekirannya ada penonton yang hadir jatuh sakit disebabkan keadaan itu. Walaupun kita mengalami kerugian, tetapi ini adalah tindakan paling baik," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Shamil lagi, konsert yang akan berlangsung di Stadium Merdeka itu akan diubah ke satu tarikh baru yang dijangka pada hujung September depan.

No comments:

Post a Comment